Kemajuan ekonomi negara yang begitu pesat telah mengakibatkan permintaan tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya dalam kumpulan mahir dan separa mahir. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari kepentingan pekerja teknikal dan vokasional untuk menjayakan rancangan negara maju menjelang 2020. Justeru, Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) merangkumi 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiran vokasional telah dirancang dan ditawarkan di peringkat Tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah akademik. Program MPV telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999 untuk pelaksanaan mulai tahun 2002. Penggubalan kurikulum MPV serta kursus untuk guru dan mesyuarat penyelarasan dengan pegawai JPN telah dijalankan sepanjang tahun 2001.
Dalam pada itu juga institusi vokasional adalah tempat yang sesuai dalam usaha negara untuk menampung keperluan guna tenaga mahir dan separuh mahir. Lewis (1996) menjelaskan bahawa institusi vokasional memainkan peranan penting untuk menyediakan para pekerja bagi menghadapi perubahan teknologi. Oleh itu sewajarnya pihak institusi sentiasa peka mengikut perkembangan dan keperluan pekerjaan semasa bagi membolehkan mereka merancang program yang dapat memenuhi pasaran kerja masa kini.
Ini disokong oleh Finch dan Crunkilton (1999) yang mengemukakan ciri-ciri asas kurikulum vokasional dan teknikal mestilah mampu menyaingi perubahan teknologi dalam masyarakat. Mereka menyatakan tidak seperti masa lalu, bidang kerja kini sentiasa mengalami perubahan. Oleh yang demikian kurikulum pendidikan vokasional semasa mestilah sensitif terhadap dunia pekerjaan yang sentiasa berubah.
Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di sekolah menengah harian telah dimulakan mengikut fasa bermula Fasa 1 (2002-2003) di mana 367 buah bengkel telah memulakan pengajaran dan pembelajaran MPV dalam pelbagai bidang. Fasa seterusnya iaitu Fasa 2 (2004-2006) sebanyak 381 buah bengkel dibuka. Kemudian diikuti dengan projek RMK-9 iaitu tahun (2007-2008) sebanyak 293 buah bengkel lagi dibuka menjadikan jumlah keseluruhannya 1041 buah bengkel di seluruh negara. Perlaksanaan MPV di sekolah menengah harian ini meliputi 22 mata pelajaran yang terdiri daripada pelbagai bidang iaitu bidang pembinaan, pembuatan, teknotani, ekonomi rumah tangga dan aplikasi komputer. Pelaksanaan MPV di bawah RMK-(2006-2010) RM256.5 juta telah dibelanjakan.